Pages

Tuesday, September 27, 2011

PKR Pahang Buat "Laporan Polis" Terhadap Umi Hafilda Ali Berkaitan Gangguan Ceramah Anwar Ibrahim Pada Malam Kelmarin !!

KUANTAN, 27 Sept [6.32 pm] - Laporan polis bantahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Umi Hafilda dan Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan telah dibuat oleh Zaidi Ahmad, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang jam 3.10 petang tadi. Turut bersama beliau dalam laporan itu tadi ialah Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) dan lain-lain. Dalam laporannya Zaidi mendakwa pihak polis dipercayai gagal memainkan peranan yang adil dan saksama terhadap rakyat. Ini jelasnya, mereka gagal memberhentikan ceramah oleh Umi Hafilda Ali yang dijalankan tanpa permit, penuh dengan caci maki, lucah, mencarut dan unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketegangan. Beliau juga hairan, bagaimana pihak polis boleh membenarkan satu majlis jamuan hari raya dihadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat yang permitnya sudah diluluskan oleh mereka sendiri. Tindakan OCPD Lipis ini jelas sekali melanggar etika dan profesionalisme seorang pegawai kerajaan yang gajinya dibayar dari hasil duit rakyat. Tambah mengejutkan, tindakan provokasi yang dilakukan oleh ahli-ahli Perkasa Lipis itu juga memang benar didalangi oleh pemimpin UMNO yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit (Benta) iaitu Dato' Mohd Sofi Tan Sri Abdul Razak. "Aneh bila OCPD sendiri iaitu Supt. Abdul Razak Hassan yang turut hadir dalam majlis berkenaan, tidak berani memberhentikan majlis ceramah tersebut sedangkan dia sebenarnya punyai kuasa berbuat demikian", kata Zaidi.


Zaidi Ahmad menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau

(Laporan lanjut serta video menyusul kemudian)

0 ulasan:

Post a Comment

untuk yang masih x tahu silih pilih (tanpa nama / anonymous ) atau bolih juga mengunakan (Nama / URL ) untuk URL anda bolih masukkan link fb atau mana2 link yang anda suka atau bolih di abaikan URL cuma masukkan nama dan comment .. Komen anda amat di alu2kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Atas Pagar Isu Terkini. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates