Pages

Saturday, October 1, 2011

Bersara 60 tahun langkah atasi kenaikan kos....


Datuk Maznah Mazlan (kiri) dan Shamsuddin Bardan.

Produktiviti guna tenaga kerja dapat dipertingkat, elak bergantung pekerja asing


PELBAGAI reaksi diberikan terhadap cadangan melanjutkan usia persaraan kakitangan awam dan swasta kepada 60 tahun. Pihak yang menyokong antara lain bertegas ia demi keperluan dan kepentingan masa depan bagi menangani kenaikan kos sara hidup, yang menentang pula khuatir ia menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran, menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah. Wartawan Berita Minggu, DIYANAH ANUAR dan RASHIQAH ILMI ABD RAHIM mendapatkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan untuk mengulas cadangan berkenaan.
Maznah Mazlan
Lebih baik jika KWSP, majikan dan Kementerian Sumber Manusia mengadakan program bagi memberi panduan kepada pekerja untuk menguruskan dana dengan lebih baik apabila bersara. - Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif MEF
APA pandangan Datuk mengenai cadangan ini?

Secara keseluruhannya, tujuan had umur persaraan dilanjutkan adalah bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Kita melihat isu usia mempunyai implikasi begitu besar kepada produktiviti guna tenaga kerja di negara ini. Sekarang ini, sektor swasta belum ada penetapan umur persaraan. Perkara ini sedang dikaji kerajaan serta kementerian dan sudah ada pelbagai inisiatif dengan mengumpulkan maklumat kajian dan hasil rundingan dengan semua pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), wakil majikan, wakil pekerja dan industri sebelum memberi keputusan terbaik kepada semua pihak.

Kenapa perlu kajian semula selepas sekian lama mengikut amalan biasa? Pertama, kita perlu melihat daripada aspek demografi. Jumlah penduduk di negara ini berusia 60 tahun ke atas pada 2006 adalah 1.8 juta dan pada 2010 seramai 2.1 juta, dijangka meningkat kepada 2.7 juta pada 2015 dan seterusnya bertambah. Kedua, kadar kesuburan yang mana pada 1950-an, purata seorang ibu melahirkan antara enam hingga tujuh anak, menyusut pada 2010 pada purata hanya dua hingga tiga anak.

Kita faham sekarang wanita ramai kahwin lambat kerana pendidikan dan kerjaya, ada juga memilih tidak berkahwin atas pilihan sendiri atau sebab lain. Apabila bilangan berusia 60 tahun bertambah dan kesuburan menyusut, ia sekali gus mengakibatkan kita kekurangan sumber tenaga kerja. Sekarang kita ada ramai pekerja asing, jika kadar penggantian menyusut diakibatkan masalah kesuburan, kita terpaksa bergantung kepada pekerja asing. Langkah awal melanjutkan perkhidmatan adalah cara terbaik menangani masalah ini selain membantu mereka dalam aspek kewangan selepas bersara.
Boleh Datuk perjelaskan lebih lanjut mengenai aspek kewangan selepas persaraan?

Berdasarkan kajian KWSP pada 2009, 73 peratus mereka yang bersara pada usia 55 tahun memiliki simpanan RM50,000. Keadaan bertambah buruk apabila purata jangka hayat meningkat sehingga 72.9 tahun. Hanya berbekalkan RM50,000 simpanan selepas bersara, seseorang itu hidup dalam paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan RM530. Justeru, saya yakin sekiranya perkhidmatan pekerja dilanjutkan sekurang-kurangnya lima tahun, mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa kerana masih mempunyai pendapatan tetap dalam tempoh beberapa tahun selain simpanan KWSP juga akan semakin bertambah.

Berdasarkan angka daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2010, bilangan orang tua tidak bekerja yang menerima bantuan adalah sekitar 120,496 orang. Ini bermakna kerajaan memperuntukkan RM422 juta setahun untuk menampung golongan ini dan ia satu beban walhal peruntukan itu boleh digunakan untuk menampung kos lain.

Namun, menaikkan had umur persaraan juga dilihat boleh memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan kualiti tenaga kerja?

Seperti yang kita ketahui, umur bekerja hari ini ialah antara 16 hingga 64 tahun. Soal produktiviti atau menyimpan ‘dead wood’ dalam satu organisasi tidak timbul kerana ia tidak berkaitan dengan umur. Orang muda pun ada yang tidak produktif. Kementerian melihat ia sebagai kebaikan kerana keperluan tenaga kerja berpengalaman wajar dikekalkan selagi mereka mampu berkhidmat. Kita juga akan fikirkan sama ada memberi pilihan atau mandatori kepada pekerja jika cadangan ini diluluskan, bergantung kepada hasil kajian dan perbincangan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Satu lagi faktor ialah tahap kesihatan yang meningkat ketara. Jangka hayat pada 1950-an, purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun, iaitu lelaki sehingga 47 tahun dan wanita pada purata 50 tahun, jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun. Tetapi pada 2010, purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun dan wanita 77.6 tahun. Ini menunjukkan mereka mampu bekerja lebih lama. Jika hendak dibandingkan dengan negara lain, kita agak ketinggalan. Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja juga melakukan perkara sama bagi sektor swasta mereka. Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun. Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan kita sama dengan Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan Papua New Guinea.

Kebanyakan golongan muda dalam sektor swasta dan awam membantah cadangan itu, menyifatkannya menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran dan masalah sosial. Ada juga sinis menyindir cadangan ini mungkin kerana KWSP sudah kehabisan wang dan kerajaan ada agenda sendiri?

Di sebalik reaksi negatif yang diterima, saya bertanggungjawab untuk menjelaskan bahawa cadangan melanjutkan umur persaraan ini tiada kaitan dengan peluang kenaikan pangkat mahupun kadar pengangguran. Kajian Bank Dunia selama 42 tahun terhadap negara maju mendapati lanjutan umur persaraan tidak menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda kerana mereka kurang berpengalaman dan pengetahuan jika dibandingkan dengan pekerja lama. Malah, kerajaan juga sudah melakukan pelbagai usaha membantu golongan muda melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berpotensi tinggi memacu pertumbuhan dan menyumbang secara langsung terhadap peningkatan ekonomi negara selain Model Baru Ekonomi yang mana pihak swasta akan memainkan peranan lebih ketara manakala sektor awam akan jadi pemudah cara kepada sektor swasta. Kita dapati semua inisiatif ini akan menjana pekerjaan baru yang begitu banyak dan dijangka 3.3 juta peluang pekerjaan akan ditawarkan pada 2020.

Selain itu, usaha memperkasakan bidang kemahiran dengan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional secara tidak langsung membuka peluang lebih kepada golongan ini untuk tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisi tetapi juga bidang kemahiran. Tidak timbul isu kewangan atau agenda tertentu kerana cadangan ini jelas untuk masa depan negara.

Jika diluluskan, apa kaedah paling baik akan digunakan. Adakah melalui kesediaan pekerja sendiri untuk menyambung khidmat selepas bersara atau keputusan dibuat berdasarkan merit?


Buat masa ini kita belum menentukan sama ada lanjutan umur persaraan ini mandatori atau pilihan. Bagaimanapun, pemberian pilihan dilihat sebagai sesuatu yang baik bagi memberi peluang kepada setiap individu membuat keputusan berdasarkan kemampuan masing-masing. Merit atau penilaian pula bergantung kepada organisasi itu sendiri. Yang pasti kami akan menetapkan majikan tidak boleh memberhentikan pekerja selagi mereka belum mencapai umur persaraan, kecuali atas sebab tertentu seperti sakit atau sebagainya.

Shamsuddin Bardan

Bagaimana reaksi MEF apabila cadangan ini dibangkitkan dan jika ia diluluskan kerajaan, perlukah wujud kategori kerja berbeza supaya sesuai dengan usia pekerja?

Sebenarnya, permintaan untuk menaikkan had umur wajib bersara sudah lama disuarakan pelbagai pihak. Sebelum ini, MEF tidak berminat dengan cadangan ini kerana kita rasakan, pekerja pada usia 50 tahun ke atas masih boleh terus bekerja secara kontrak. Namun, bila melihat kepada keadaan pasaran tenaga kerja sekarang berlainan di mana begitu ramai pekerja asing, mencecah 1.7 juta orang di Malaysia, haruskah kita membiarkan saja perkara ini atau menggunakan tenaga kerja tempatan.

Disebabkan faktor seperti ini yang disokong pula dengan pelbagai faktor lain, MEF berpendapat wajar kita meningkatkan usia persaraan. Memang ada sesetengah pekerjaan yang banyak menuntut penggunaan kudrat seperti dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan tidak sesuai untuk dilanjutkan umur bersara. Untuk mereka, kita ada minta pengecualian dan majikan, kesatuan serta kerajaan harus melihat bagaimana boleh tolong mereka. Di sinilah fungsi program latihan dan latihan semula untuk tenaga kerja, mungkin golongan pekerja dalam sektor itu boleh dilatih melakukan kerja yang kurang menggunakan manual. Contohnya, kita boleh berikan mereka kerja di lapangan terbang, menggunakan mesin ringkas seperti yang diamalkan di Thailand dan Singapura. Cara ini juga boleh meningkatkan imej negara kerana menunjukkan kita lebih menggunakan tenaga kerja tempatan daripada orang asing.

Bagi majikan, apakah buruk baiknya menggaji kakitangan yang berusia lebih 55 tahun?

Kita rasa melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun itu boleh dilaksanakan. Lihat saja purata jangka hayat rakyat kita kini yang mencapai lebih 72 tahun, jadi tempoh persaraan itu dilihat agak lama untuk dilalui. Adakah kita perlu berdiam saja atau berbuat sesuatu untuk jadi lebih aktif dalam ekonomi? Kalau kita tingkatkan umur bersara dan beri peluang kepada golongan 55 tahun ke atas terus bekerja lima tahun lagi, itu boleh membina masyarakat yang lebih stabil bagi kelompok usia begini. Lanjutan lima tahun itu boleh kita gunakan untuk menambah sumber tenaga manusia dan kita harus gunakan peluang ini sepenuhnya. Dari segi statistik juga, pekerja sektor swasta yang bekerja secara formal tidak begitu ramai.

Mengikut statistik KWSP, ada 5.8 juta pekerja sektor swasta yang aktif bekerja dan kira-kira 100,000 bersara setiap tahun. Kalau kita ambil tempoh lima tahun, kita akan peroleh kira-kira 500,000 pekerja tiada dalam pasaran kerja. Jumlah 500,000 itu secara tidak langsung dapat mengurangkan pekerja asing. Pada masa sama, kehadiran pekerja asing perlu diuruskan sebaiknya dan bersistematik. Negatifnya ada, iaitu dari segi kos tapi kita boleh urus perkara itu. Sesetengah majikan berkata, lanjutan ini akan menjadikan pekerja yang berusia ini malas dan sebagainya. Ia mungkin berlaku, tapi boleh ditangani. Kalau benar-benar seseorang pekerja itu merosot prestasinya, syarikat boleh ambil tindakan sepatutnya, memperbaiki prestasi mereka atau terus menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit. Tidak bermakna apabila seseorang pekerja usia lebih 55 tahun, boleh duduk goyang kaki dan panaskan kerusi, dapat gaji saja sehingga bersara pada usia 60 tahun.

Ramai juga membantah cadangan ini, terutama golongan muda yang menganggap peluang memasuki pasaran kerja dan naik pangkat semakin tipis jika usia persaraan dilanjutkan?

Golongan muda tidak perlu khuatir kerana hal ini tidak semestinya berlaku dalam semua organisasi. Peluang untuk naik pangkat masih ada, cuma sedikit lewat. Sebagai rakyat, ini (perubahan) adalah pengorbanan yang harus kita lakukan jika mahu menuju kepada penggunaan sumber manusia yang lebih baik. Bagi yang bimbang mengenai nasib graduan universiti atau lepasan sekolah yang tidak dapat kerja, saya rasa itu sesuatu yang boleh ditangani dengan lebih baik. Ada satu kajian dilakukan kerajaan, soal selidik mengenai jumlah tenaga kerja yang diperlukan majikan. Pihak majikan menyatakan, ada lebih sejuta ruang kosong. Dari segi kemasukan tenaga kerja baru dalam pasaran, secara purata, seramai 300,000 orang setiap tahun. Dengan kekosongan yang demikian, saya rasa pasaran kerja kita boleh menampung permintaan. Nanti bila lebih ramai warga tempatan ingin bekerja dan dapat penuhi ruang sedia ada, kita dapat kurangkan keperluan terhadap pekerja asing. Ia sesuatu yang positif dari segi ekonomi kerana dapat mengurangkan penghantaran wang ke luar negara, iaitu kira-kira RM22 bilion oleh pekerja asing setiap tahun yang boleh diguna untuk membangunkan negara.

Satu lagi faktor yang ditekankan penyokong cadangan ini ialah manfaatnya kepada tabungan. Sejauh mana tempoh lima tahun lanjutan itu boleh menambah jumlah simpanan dengan ketara?

Bagi saya, lebih baik jika KWSP, majikan dan Kementerian Sumber Manusia mengadakan program bagi memberi panduan kepada pekerja untuk menguruskan dana dengan lebih baik apabila bersara. Ini juga masa yang baik untuk memberi pendidikan begini kepada pekerja bagi mengelakkan masalah kehabisan simpanan dalam tempoh singkat selepas bersara. Golongan pekerja tidak harus mempunyai pemikiran bahawa selepas bersara, mereka tidak perlu lagi melakukan kerja yang boleh menjana pendapatan. Golongan ini perlu diberi bimbingan, apa yang boleh mereka lakukan selepas bersara.

Selain itu, pihak berkaitan perlu membantu dalam mewujudkan aktiviti ekonomi atau pekerjaan yang bersesuaian dengan golongan yang mencapai usia persaraan. Bukan bermaksud bila kita lanjutkan usia bersara beberapa tahun, simpanan KWSP yang sepatutnya seseorang pekerja ada akan mencukupi untuk menampung hidup mereka. Mungkin akan dapat kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 saja caruman KWSP sepanjang lima tahun itu. Tapi, ia suatu langkah permulaan yang baik. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat merangsang pekerja untuk terus memberi perkhidmatan yang baik dan menyumbang kepada ekonomi. Sebab itu MEF sering utarakan mengenai keperluan membayar gaji berdasarkan produktiviti dan prestasi. Jadi, masing-masing akan lebih produktif untuk dapat gaji lebih tidak kira usia.

Bagaimana untuk mendapatkan keseimbangan dalam isu ini supaya setiap pihak memperoleh manfaat?

Ada sesetengah majikan mengatakan lanjutan umur bersara akan menimbulkan masalah, antaranya dari segi tenaga fizikal dan kesihatan pekerja dan sebagainya. Kita perlu ubah keadaan ini seiring dengan langkah transformasi yang kerajaan lakukan. Kita perlu lakukan transformasi diri, ambil langkah pencegahan supaya berupaya untuk terus bertenaga dan sihat walaupun usia melangkau 50 tahun. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti hidup. Perubahan yang mahu dilakukan juga mestilah holistik. Ubah usia bersara, ubah gaya hidup, ubah cara bekerja dan ubah cara berfikir. Namun untuk sementara waktu, perlu juga ada peruntukan atau pilihan kepada pekerja yang tidak mahu bersara pada usia 60 tahun, yang mungkin sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi pasca persaraan. Kita tidak boleh paksa mereka terus bekerja sedangkan dalam hati, mereka tak mahu.

Hajat Selangor tak sampai gol sendiri tumpas 1-0


SAFEE dihalang pemain Pilihan Singapura, Hafiz Rahim pada perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi. Pilihan Selangor tewas 0-1.

Gol sendiri jadi pemusnah, Singapura kekal Piala Sultan Selangor

Pilihan Selangor 0
Pilihan Singapura 1 (Asraruddin Putra Omar, gs m-65)

MISI Selangor untuk membalas dendam kekalahan skuad kebangsaan terhadap Singapura pada Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu, tidak kesampaian apabila tewas 0-1 hasil jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar pada aksi Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia turut memusnahkan hajat Selangor menyekat penguasaan Singapura yang kini muncul juara buat kali keenam (termasuk juara bersama edisi 2004) dan kejuaraan hatrik selepas menang pada 2009 (3-0) dan tahun lalu (6-0).

Selangor kendalian P Maniam turun dengan diperkuat dua bekas pemain Liverpool dan Manchester United, Jason McAteer dan Jesper Blomqvist serta penyerang Pelita Jaya, Safee Sali manakala Singapura bimbingan Radojko Avramovic tanpa tiga tonggak - Mustafic Fahrudin, Hariss Harun dan Qiu Li.

Babak pertama lebih menyaksikan kecemerlangan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Singapura termasuk menepis rembatan Hafiz Rahman pada minit ke-34.
Pada awal babak kedua, kapten Selangor, Amri Yahyah mempersiakan dua peluang di depan gol pada minit ke-46 dan 50 ketika hanya berdepan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud yang masuk menggantikan Lionel Lewis selepas waktu rehat.

Gawang Selangor bocor pada minit ke-65 apabila Asrarudin tertanduk sepakan sudut kapten Singapura, Shahril Ishak ke gawang sendiri.

Pada minit ke-80, gol penyamaan Selangor dibatalkan pengadil selepas Amri didakwa menggunakan tangan untuk menguis masuk bola sepakan sudut Hardi Jaafar.

Keadilan Begini kah Yang PAS Maksudkan ??


(Adakah ini perintah ALLAH, adakah ini ajaran Rasulullah saw?)

Salam 2 all.

Bila melihat videoklip diatas, pertama sekali teman mengambil sikap berhati-hati, kemungkinan ianya satu muslihat. Namun sebagai pengajaran, teman melihatnya sambil bertanya didalam hati (jika videoklip diatas benar), adakah itu perintah ALLAH, adakah itu ajaran Rasulullah saw?

Membawa seorang wanita yang memakai burqa (yang didakwa melakukan kesalahan mendedahkan 'aurat), memasuki sebuah stadium yang sedang menyaksikan satu permainan bola, kemudian menghukum wanita tersebut dihadapan penonton yang menyaksikan perlawanan bola itu dengan menembak dikepala beliau beberapa kali! Adakah itu perintah ALLAH, adakah itu cara yang diajar Rasulullah?

Menangkap pasangan yang dikatakan bercinta (dikatakan tanpa izin), mengheret mereka ke sebuah lapangan, kemudian melempar mereka dengan batu sampai mati! Adakah itu perintah ALLAH, adakah itu cara yang diajar Rasulullah?

Teman yakin selepas menyaksikan beberapa videoklip diatas, ada antara mike yang akan berkata ini propaganda Barat! Tetapi pernahkah kita bertanya, siapa yang memberi ruang kepada Barat untuk menghentam kita? Bukankah tangan kita sendiri! Apakah benar itu cara Islam melaksanakan hukuman, atau itu hukuman berdasarkan nafsu segelintir kita dengan melabelkannya sebagai Islam?



Syariat Islam itu cantik dan indah, DAN yang huduh dan buruk itu sebenarnya ialah umat Islam itu sendiri!!!
SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG TELAH MENGHUDUHKAN AGAMA ISLAM MELALUI AKHLAK & PERANGAI BURUK MEREKA SENDIRI!!!


Teman yakin tidak ada seorang pun umat Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH yang akan menolak perlaksanaan hukum ALLAH, samada hudud, qisas atau ta'zir dan lain-lain. Tidak beriman seorang Muslim melainkan dia yakin dan percaya hukum ALLAH wajib dilaksanakan!

Dan ALLAH naik saksi bahawa teman tetap bersaksi ALLAH itu Maha Esa, Nabi Muhammad saw itu Pesuruh ALLAH, dan Al Quran itu firman ALLAH, dan segala perintah ALLAH dan Rasulullah saw itu wajib dilaksanakan! Mendirikan Daulah Islamiyyah itu jihad, melaksanakan syariat Islam itu jihad!

Tetapi bagaimana keadaan dimana ada segelintir umat Islam yang tidak melaksanakan keadilan Islam, tetapi melabel diri mereka, dan perbuatan mereka sebagai Islamik, dan lebih teruk mengkafirkan orang lain?

Apabila timbul isu hudud baru ini, YAB PM menyatakan bahawa "kita akui hukum hudud adalah hukum ALLAH, tetapi melaksanakannya perlu dilihat realiti masakini". Maka melalaklah segelintir mereka menyerang YAB PM, habis YAB PM dimaki-hamun sebagai menolak hudud, dan sampai keperingkat ada yang mengkafirkan beliau!

Tetapi bila YAB Datuk Seri Azizan menyatakan, "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan" kerana realitinya "Kerajaan PAS Kedah berkongsi kuasa dengan biaDAP dan PKR", dan realitinya Kedah, saperti juga Malaysia, mengandungi komposisi pelbagai kaum dan agama; maka kaum ini berkata "ini adalah siasah syara'iyyah, strategi politik". Bila mereka menyatakan secara realitinya "PAS tidak akan laksanakan hudud melainkan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR" kerana realitinya PAS tidak mungkin boleh membentuk Kerajaan sendiri, kenyataan ini dikatakan "tahalluf syara'iyyah".

Persoalannya, apa beza kenyataan YAB PM dengan mereka? Langsung tiada. Malah kalau dilihat kenyataan YAB PM lebih mencerminkan seorang Muslim yang realistik. Tetapi jelas daripada sikap mereka bahawa mereka tidak mampu bersikap 'adil. YAB PM dikatakan kafir menolak hudud, tetapi bila kaum mereka sendiri melakukannya itu disebut "strategi politik", "siasah syara'iyyah", "tahalluf syari'e"! Dan bila YAB Tan Sri Khalid kata "Selangor tidak akan laksanakan hudud", langsung kaum ini menjadi syaitan bisu! Mengapa? Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau kelak nanti mereka yang akan menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol dan diliwat majikannya Anwar Ibrahim, tanpa mendengar keterangan Saiful, tanpa memberi peluang kepada Saiful memperjelaskan keadaan, tanpa memanggil Saiful untuk mendengar aduannya, terus kaum ini menghukum dan memaki-hamun Saiful Bukhori! Belum pun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Saiful. Malah mereka mendoakan moga Saiful dila'nat ALLAH. Sedangkan Saiful tetap istiqomah dengan keterangannya, dan sampai boleh berdiri dihadapan Ka'bah, dan berdoa memohon kebenaran dan keadilan disisi Gua Hira' di Jabbal Nur sambil mengadap Masjidil Haram. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga apabila Datuk Eskay mendedahkan sebuah videoklip untuk membuktikan bahawa "rakan baik dia Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin"!". Tidak pernah pada bila-bila masa Datuk Eskay menuduh Anwar berzina. Namun tanpa mendengar penjelasan Datuk Eskay, tanpa memanggil Datuk Eskay memberikan penerangan, malah tanpa tengok pun lagi videoklip itu, kaum ini terus memaki-hamun Datuk Eskay. Belumpun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Datuk Eskay. Habis segala surau masjid, segala ceramah, kuliah, tazkirah, sampai ke tangga mimbar Jumaat mereka panjat dan mereka serang Datuk Eskay habis-habisan. Malah mereka mendoakan supaya Datuk Eskay dila'nat ALLAH. Sedangkan Datuk Eskay masih tetap istiqomah dengan perjuangannya untuk mendedahkan kebenaran. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga bila YB Datuk Hasan Ali, Exco Kerajaan Selangor dan pemimpin PAS mempertahankan tindakan JAIS menyiasat kegiatan dakyah Gereja Methodist Damansara Utama untuk memurtadkan umat Islam, terus kaum ini memaki hamun dan menyerang Datuk Hasan Ali. Belumpun sempat Datuk Hasan Ali memberi penjelasan, belumpun sempat JAIS menyediakan lapuran, mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, dan pihak gereja pula dibela dipertahankan. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga apabila didedahkan sikap Anwar Ibrahim yang membuat ucapan di London School of Economics pada 18.03.2008 yang jelas menunjukkan beliau menganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama, fahaman yang ulama' menegaskan sebagai sesat dan boleh merosakkan aqidah sehingga murtad, kita melihat kaum ini langsung tidak mempersoalkan fahaman Anwar ini; malah terus mengidola dan mengagongkan manusia yang mempunyai ciri-ciri sudah sesat aqidahnya. Dan lebih parah, kaum ini mengisytiharkan mereka bersedia menobatkan Anwar sebagai kalipah mereka dan menjadi Perdana Menteri mereka! Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Sebenarnya Islam adalah agama yang menekankan kepada keadilan, bukan sahaja kepada hukuman. Terlalu banyak kisah yang kita sudah dengar tentang keadilan Rasulullah saw dalam melaksanakan perintah ALLAH. Kita acapkali mendengar keadilan Rasulullah saw dalam satu kes zina oleh seorang wanita sehingga Rasulullah saw menyuruh beliau pulang beberapa kali, mengambil masa bertahun sehingga anak yang dikandung dilahirkan dan disusukan.

Kita pernah dengar kisah bagaimana Rasulullah saw tidak menyukai seorang sahabat yang mahu melaksanakan qisas terhadap pembunuh adiknya! Sebaik sahabat itu pergi membawa pergi sahabat yang mahu diqisas, Rasulullah saw bersabda: dia dan si-polan yang nak dihukumnya adalah sama! Perkataan itu disampaikan kepada sahabat itu. Terus sahabat itu kembali dan menyerahkan sahabat yang hendak diqisaskan sambil berkata, "aku serahkan si-polan ini kepada mu Ya Rasulullah untuk kau perbuat apa yang selayaknya bagimu".

Malah Rasulullah saw pernah diriwayatkan bersabda, "aku lebih suka kalau mereka (ya'ni orang yang melakukan kesalahan) memohon pengampunan terus kepada ALLAH dan bertaubat!".

Mesej Islam ialah keadilan dan rahmat kasih sayang ALLAH. Apakah kita benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab itu? Kita lihat bagaimana ramai lelaki diluar sana yang begitu ghairah konon nak menurut hukum untuk berkahwin lebih daripada satu. Bab hukum kahwin lebih satu kita sembang bukan main gah dan hebat, tapi bab sifat keadilan yang dipikulkan untuk berkahwin lebih daripada satu gagal dilaksanakan!

Moga ALLAH memberikan keampunan, serta petunjuk yang benar kepada kita semua. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Sekiranya apa yang teman sampaikan disini bercanggah dengan Islam, itu adalah kerana kelemahan dan kejahilan teman sendiri, dan teman mohon keampunan daripada ALLAH. Moga ALLAH memperbetulkan apa jua kesilapan yang dilakukan (jika ada), dan semoga ALLAH menetapkan aqidah dan keimanan kita semua, ameen.

ASTAGHFIRULLAH HAL 'ADHEEM!
AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM
!!!

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
02 Zul Qaedah 1432
30 Sept 2011

*Teman syorkan mike tengok videoklip diatas dan lain-lain videoklip yang bersambung daripada situ, dan buatlah rumusan mike sendiri dengan memohon petunjuk daripada ALLAH.
Friday, September 30, 2011

Hudud:Majlis Peguam juga kata negeri Kelantan tak boleh ada bantahan ??


Ini masalahnya kalau asyik nak redah main retorik dan sentimen hingga tidak tengok kiri kanan.Dicelah-celah polimek mengenai hajat Datuk Nik Aziz Nik Mat kata negeri Kelantan nak terus juga laksana hukum hudud,Sabtu Majlis Peguam sendiri bersuara.

Pandangan Majlis Peguam tentunya boleh buat Menteri Besar Kelantan itu tidak sedap badan setelah DAP sendiri berkeras tidak berganjak menentangnya seperti yang telah diluahkan oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng.

Presiden Majlis Peguam ,Lim Chee Wee dalam satu kenyataan meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Ia lebih hangat lagi bila ada pihak di Kelantan main dakwa saja ia boleh dilaksanakan di negeri itu kerana rakyatnya sendiri yang mahu.

Kata Chee Wee hudud tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.

Menurut beliau hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.

"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya.

Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.

'Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orang Islam," katanya.


Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Apa yang menjadi persoalan jika negeri-negeri secara individu tidak boleh laksanakan dan di pusat pula ( kalau pun pakatan pembangkang berkuasa) pasti DAP akan tentang.

Jadi apa tujuan Nik Aziz membangkitkannya semula?

Ini lebih-lebih lagi setelah PAS dimuktamarnya sudah menukar slogan negara Islam kepada negara kebajikan.

PAS sendiri cukup tahu realiti keadaan di Malaysia yang mempunyai masyakakat majmuk.

Jika tidak mana mungkin parti itu mahu menukar slogan yang selama ini menjadi bahan yang dijajanya setiap kali menjelang pilihanraya.

Malah ia sendiri kalut cuba mengejar undi orang bukan Melayu hingga mengadakan slogan PAS For All.

Kata orang faham-fahamlah ia tidak lebih dari retorik politik Musyridul Am PAS itu yang mungkin pedih telinga mendengar soksek di kalangan parti sendiri yang terasa ia sudah lari dari landasan perjuangan asal.

“Ia tak lebih dari cubaan coverline saja,”kata seorang pemerhati politik.

DS Najib : Mohon Pertimbangan Segera Dan Penjelasan Yang Tepat


Post kali ini adalah ketidak puasan hati rakyat yang berketurunan melayu dan rakyat yang beragama islam .. Sekarang kenapa ini namewee di jadikan idola ?? dijadikan anak emas ?? kenapa ini namewee khinzir punya orang DS Najib bagi penghormatan melebihi derector2 lain ?? 1 Malaysia punya filemkan banyak ... ikut LOW ini orang x layak di angkat martabat dia .. itu video f**k utusan , ini budak nama namewee tak cakap pasal apa dulu dia hina azan subuh pasal apa dia banyak maki hamun orang melayu dari bangsa dia .. itu patriotik ka ??

masalah takkan selesai selagi :-

1- Pemohonan maaf secara umum khas untuk seluruh bangsa melayu
2- Delate all video yg dia hina maki hamun orang islam dan bangsa melayu kesemuanya ..
3- tarik balik kenyataan yang mengatakan melayu recist hakikatnya ramai kaum cina yang recist dan di anak tirikan kecuali cina baba dan nyoya
4- kasi show video yang kaum cina yang bersikap suka meng anak tirikan kaum lain supaya di beri sama rata dalam kerja dan tidak bersikap perkauman ...

Tuntutan di atas perlu di lakukan baru rakyat berbangsa melayu bolih terima ... orang lain jadi producer jugak tapi takde plk sampai di agung2 kan sampai kecut dgn cina namewee ini puihhh !! INI TIDAK ADIL !!!!!!!!


"penyokong kuat 1malaysia pekebendanya...kaki bodek kuat, kaki kencing kuat, kaki maki hamun kuat...semuanya memang sesuai untuk namawee...jangan terperanjat orang2 melayu akan berubah angin ke PR disebabkan anak cina yg tak tahu diuntung ini dianak emaskan oleh kerajaan"


Siapa nak di persalahkan klu orang2 yang berada Atas Pagar atau sewaktu dgnnya berubah angin nanti ?? itu baru 1 komen yang orang x puas hati ... pendek cerita bukan salah rakyat tak pandai memilih tapi salah siapa ?? FIKIR LA SENDIRI !!!!

Tips menjaga akaun Facebook dari kena hack


Tips terkini elakkan Facebook anda daripada mudah untuk di Hack iaitu dengan tukar http ke https acc Facebook anda. Mari kita lihat tutorial di bawah nie:

1. Pergi ke -> Tetapan Akaun (Account Settings) di sebelah kanan atas.
2. Kemudian pilih Keselamatan (Security)
3. Lihat pada baris pertama perkataan tertulis Secure Browsing dan klik link Edit di sebelah kanannya.
4. Tandakan Right dalam kotak Browse Facebook on a secure connection (https) when possible dan klik butang Simpan (Save Changes).

Ok, siap.. sekiranya anda tidak faham dan rasa langkah-langkah di atas amat rumit untuk diikuti, sila lihat video yang saya create khas untuk anda, insya-Allah akan mudah difahami. Video nie length dia dalam 1 minit 30 saat sahaja.





Selamat mencuba :)

Saman 200 Juta Terhadap Malaysian Insider Akui Siar Berita Tanpa Fakta



KUALA LUMPUR – Portal berita The Malaysian Insider hari ini mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutifnya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu menerusi peguam mereka George Miranda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal di dalam kamar di sini.

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Di luar mahkamah, Miranda memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan tersebut, beberapa terma lain turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Melalui surat tersebut ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka di atas segala kesulitan yang dialami Tajudin berikutan tersiarnya berita berkenaan.

Kesemua pihak juga bersetuju menarik balik berita yang disiarkan serta mengakui berita itu fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih.

Penyelesaian hasil rundingan di luar mahkamah ini adalah rentetan daripada permohonan saman Tajudin terhadap portal itu berjumlah RM200 juta pada 18 Ogos lepas.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama, Jahabar dan Shazwan sebagai defendan kedua dan ketiga – bernama

DAPig Kebas Duit Selangor ?? Betul Ke ??


Hahaha kemegahan rakyat PR mencuri merompak akhirnya terkantoi jua .... tuihhhh !!!

Dah la tak membantu rakyat! malah cekik lagi duit dan keringat rakyat...ni semua tanda tanda Selangor bakal dikembalikan semula kepada pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional...

Cepatlah pilihanraya weii...

MCA Selangor mendakwa kerajaan negeri itu telah menipu penduduk berhubung hak mereka untuk memiliki sepenuhnya rumah dengan mengenakan bayaran premium yang terlalu tinggi.






Ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book (kiri) menuduh exco kerajaan negeri - khususnya dari DAP - mengelirukan orang ramai tentang skim sekali bayar RM1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik tanah kediaman .

Memetik surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Galian negeri pada 1 Jun tahun ini, Theng berkata, bayaran RM1,000 itu menjadi tidak bernilai kerana pemilik rumah perlu membayar premium berskala komersil jika mereka mahu menggunakan hakmilik sebagai cagaran atau memindahkannya kepada pihak ketiga.

Katanya, ini kerana skim pajakan RM1,000 itu tidak memberi pemilikan penuh hartanah tersebut kepada penduduk dan hakmiliknya tiada bezanya dengan lesen pendudukan sementara (TOL).

"Ini terpakai kepada semua di Selangor, semua harta kediaman. Tidak ada lagi sebarang pertimbangan kampung Cina atau Melayu... semuanya akan berdasarkan kepada nilai pasaran," kata Theng dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buku Theng berkata, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri, premium bagi harta kediaman ditetapkan pada kadar 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi pajakan selama enam tahun atau kurang, manakala pajakan penuh 99 tahun adalah RM2.50 bagi setiap kaki persegi, termasuk pemilikan penuh.

Beliau mendakwa, di bawah sistem baru yang diperkenalkan pada bulan Jun, premium bagi semua permohonan untuk pajakan baru, akan mengikut formula baru yang menyaksikan kadar premium meningkat sehingga 10 kali ganda.

Fikir la SENDIRI !!!

Laa Ingat si Khinzir Guan Engedek Gedek Katak melompat Tak reti Minta Maaf ...


Inilah dia standard pembangkang di Malaysia.... Menggunakan mahkamah untuk "menakut-nakutkan" media dan musuh-musuh politik...

Bila sudah "tertangkap" dah tak boleh nak spin...Buat muka bodoh dan minta maaf....

Mengambil kesempatan di atas kebaikan orang-orang Melayu...

Cet!!! Bernama sepatutnya saman balik!!! Kasi Bankrap sama dia!!!
Thursday, September 29, 2011

Bukti:Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT - Bhg. I II III


Assalamu'alaikum.

Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.

Pembaca yang budiman,

Saya telah menerangkan bahawa UMNO itu adalah nama yang disepakati oleh lebih kurang 26 kesatuan bangsa Melayu pada masa itu. Kesatuan UMNO telah berjaya membebaskan umat Islam daripada penjajahan. Mereka berjaya memerdekakan negara ini sekaligus dapat memerintah negaranya sendiri.

Mereka semua bersepakat di atas asas persaudaraan sesama Islam dan berpegang kepada agama Islam berpaksikan rukun-rukun Iman dan Islam. Oleh yang demikian,mereka disebut sebagai berada dalam satu jemaah Islam. Mengikut tafsiran ulamak, jemaah Islam adalah jemaah yang mempunyai otoriti dalam segala hal ehwal pentakbiran negara. Oleh itu,mereka yang mendakwa berada dalam jemaah itu dan jemaah ini adalah suatu dakwaan yang tidak berasas. Contohnya,seperti jemaah Tabligh,jemaah Arqam,jemaah PAS dan yang seumpamanya. Mereka ini semua bukan jemaah dalam ertikata sebenar. Sebabnya,kerana mereka tidak ada otoriti dalam segala hal pentakbiran negara.

Umat Islam di masa pemerintahan Rasulullah disebut sebagai jemaah Islam. Begitu jugak terhadap umat Islam dibawah pemerintahan saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Mereka ini semua disebut sebagai jemaah Islam kerana mempunyai otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Oleh sebab jemaah ini yang terulung,mereka jugak disebut sebagai Jemaah Islam Arus Perdana. Dikatakan ianya Jemaah Arus Perdana kerana mereka yang terulung. Jika ada suatu jemaah Islam yang mendakwa bahawa mereka jugak jemaah Islam yang dipimpin oleh seorang pemimpin maka mereka akan diperangi. Ini berlaku kepada Musailamah yang mengaku menjadi nabi(pemimpin tandingan) kepada saidina Abu Bakar.

Pembaca yang budiman,

UMNO adalah Jemaah Islam Arus Perdana dalam kontek negara ini yang menerajui kepimpinan negara. Mereka memiliki otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Menjadi jemaah terulung hasil kesepakatan kesatuan bangsa Melayu berasaskan persaudaraan Islam dan anutan pegangan berpaksikan Islam. Ternyata Islam menjadi unsur nikmat utama kepada kesatuan umat Islam pada masa itu.

Surah Ali Imran ayat 103:

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."

Oleh itu,kesatuan umat Islam hasil kesepakatan didalam UMNO itu wajib dikekalkan demi kekuatan dan kekuasaan pemerintahan umat Islam bagi menjaga agamanya,umatnya dan negara yang diperintah. Perpecahan umat Islam boleh mengakibatkan kelemahan dan ketidakstabilan. Tambahan pula negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa serta amalan Demokrasi sebagai sistem pemilihan para pemimpin.Kewujudan kesatuan umat Islam tandingan adalah HARAM disisi syariat Islam. Apa buktinya? Hadis dibawah ini ada menerangkannya.

Hadis riwayat Muslim:

Abdullah bin Amer r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang berbaiah pada suatu imam(kepala/pemerintah) dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.

Pembaca yang budiman,

Banyak daripada Firman Allah dalam Al Quran yang melarang umatnya berpecah-belah. Ini telah saya nyatakan didalam beberapa postings yang lepas. Di atas terdapat satu FirmanNya: "Jangan kamu berpecah-belah" Mengikut tafsiran ulamak,apabila perkataan "Jangan" digunakan maka itu memberi makna LARANGAN dan jugak mempunyai pengertian HARAM.

Melanggar hukum LARANGAN ini tidak seperti melanggar hukum-hukum hudud dan ta'zir serta qisas yang ada disebut didalam AlQuran yang boleh dikenakan terhadap pelakunya. Tetapi larangan berpecah-belah jika dilakukan boleh melemahkan kekuatan umat Islam seperti yang tersebut didalam AlQuran. Impikasinya melibatkan keseluruhan umat Islam bukan satu atau dua orang saje tetapi keseluruhan umat Islam. Kita semua boleh lihat apa yang sedang berlaku pada masa ini. Tidak perlu saya menghuraikannya. Ianya sangat serious sahinggakan Rasulullah pernah memohon kepada Allah mengenainya. Tiga(3) permohonan melalui do'a Rasulullah kepada Allah,2 dimakbulkan dan 1 ditolak. Yang ditolak itu adalah apa yang sedang dibincangkan. Sila baca hadis tentang itu dibawah.

Hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 macam:diperkenankannya 2 dan 1 dilarangnya. Ku minta supaya umatku jangan mati kelaparan kerana musim kering,maka diperkenankannya,ku minta lagi supaya umatku jangan mati karam/tenggelam,maka diperkenankan pula,ku minta lagi supaya umatku jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka,maka tidak diperkenankan."

Kita tumpukan penjelasan bagi permohonan yang tidak diperkenankan Allah.

Didalam riwayat Muslim dari Abu Sa'id disebut, "jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka"

Riwayat Muslim jugak dari Abu Bakar bin Abu Syaibah disebut,"tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka"

Hadis riwayat Ibnu Majah disebut,"tidak menjadikan umatku berkelompok-kelompok dan sebagian mereka menimpakan bahaya kepada sebagian yang lain"

Dipetik dari syarah An Nawawi: Allah tidak mengabulkan permohonan ini kerana adanya hikmah yang tinggi.KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Bersambung..........Ke- Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. II

Wassalam.

Salah satu daripada rukun-rukun beriman kepada Al Quran;selain daripada membacanya untuk pahala;memahaminya;mengimaninya; ianya juga wajib disampaikan(Tabligh).

Hendak menyetujui atau tidak setelah membacanya,terpulang kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya,kita mengimani Firman Allah SWT tersebut dibawah ini.

Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:

"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."

Penjelasan:

Bagaimanakah kita hendak menjauhi daripada menyembah syaitan jika kita tidak mendengar(membaca),untuk dapat kembali kepada Allah?

Oleh itu,setelah membacanya,kita ambil mana yang sebaik-baiknya. Terhadap mereka yang mempunyai sifat ini: 1. Allah hadiah berita gembira. 2. Allah hadiah dengan panggilan hamba-hambaKu. Natijah daripada berbuat sedemikian Allah branded kita dengan 2 perkara: 1. Orang-orang yang ditunjuki.

2. Orang-orang yang berakal.

Pembaca yang budiman,

Kita sedang membincangkan tentang 1 do'a Rasulullah yang ditolak oleh Allah SWT.

Saya akan membawakan kisahnya. Persoalannya:-

1. Mengapakah Rasulullah berdo'a kepada Allah untuk 3 permohonan itu?

2. Bila dan bagaimanakah Rasulullah mengetahui bahawa 2 permohonannya diterima dan 1 ditolak?

Assebabnya turun ayat 65 surah Al An'aam ini, Nabi memohon do'a kepada Allah kerana kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: Dialah Yang Maha Kuasa mengirimkan siksaan/azab kepadamu,dari atas (kepala)mu dan dari bawah kakimu(bumi),atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sehingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain. Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat,mudah-mudahan mereka memahaminya."

Tentang 3 permohonan Nabi saya telah berikan text hadis Muslim pada postings 'Musyrik dan Sesat Bhg I' dan pada riwayat hadis Muslim yang lain,isi/mattan hadis yang sama tapi lebih panjang sikit iaitu,

Abu Bakar bin Abu Syaibah: Bahawanya Rasulullah s.a.w. suatu hari datang dari Al Aliyah,sehingga ketika melewati mesjid Bani Mu'awiyah beliau masuk lalu shalat 2 rakaat.Kami pun shalat bersama beliau. Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami seraya bersabda:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 hal,Dia memberikan 2 hal kepadaku dan mencegahku 1 hal. Aku memohon kepada Tuhanku agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tahun lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon kepadaNya agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tenggelam lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon agar Dia tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka lalu Dia mencegahnya dariku."

Pada baris 3 -'Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami'

Penjelasan: Lamanya Rasulullah berdo'a kerana pada ketika itu Jibril membawa khabar berita. Itu sebabnya,setelah itu Rasulullah berpaling memberitahu kepada mereka yang ada bersama.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Do'a Rasulullah dijawab pada ketika itu jugak.

Diriwayatkan oleh Muslim pada hadis yang lain bersangkutan dengan peristiwa itu bahawa Nabi menyebut dalam do'anya,'Wahai umatku....umatku', sambil menangis.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahawanya Nabi s.a.w. membaca firman Allah tentang Ibrahim a.s. iaitu Surah Ibrahim ayat 36 dan tentang Isa a.s. iaitu Surah Al Maidah ayat 118. Beliau mengangkat kedua tangan seraya bersabda:"Wahai umatku....umatku" dan beliau menangis. Allah yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman:"Wahai Jibril,pergilah kepada Muhammad(sedang Tuhanmu lebih mengetahui),tanyalah kepadanya:"Apakah yang menyebabkan kamu menangis?". Jibril a.s. datang kepada beliau(Nabi) lalu bertanya kepada beliau(Nabi),maka utusan Allah itu(Jibril) memberitahukan kepadaNya(Allah) akan apa yang disabdakan beliau(Nabi)-padahal Allah lebih mengetahui,lalu Allah Ta'ala berfirman kepada Jibril:"Pergilah kepada Muhammad,dan katakan:"Sungguh Kami akan ridha terhadap umatmu dan Kami tidak berbuat buruk kepadamu"

Pembaca yang budiman,

Apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Keinsafan yang ada dalam diri mendorong untuk mencari kebenaran dengan berusaha merujuk kepada Al Quran,Kitab Hadis,Himpunan Hadis Qudsi,Kitab Tafsir Al-Azhar dan buku-buku agama bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan umat,agar dapat berada pada landasan yang benar lagi diredhaiNya. Keyakinan yang terpahat dihati ini,mendesak agar ianya dapat dikongsi bersama dengan pembaca dalam blog saya ini.

Didalam Tafsir Al-Azhar bagi ayat 65 ini:

Apa yang datang dari atas itu seperti kemarau kering yang memusnahkan tanaman dan tumbuhan serta ketiadaan air yang boleh memusnahkan semua kehidupan termasuklah manusia.(Dirumus oleh saya daripada kefahaman syarah Imam Nawawi ketas hadis Muslim itu.)

Apa yang datang dari bawah kaki itu seperti banjir besar yang menenggelamkan umat manusia seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Nuh.(Rumusan saya sama seperti diatas.)

"Atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sahingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain."

Itupun suatu azab yang maha pedih lagi,iaitu hilangnya keamanan dalam satu negeri karena adanya perpecahan,bergolong-golongan,berbenci-bencian,misalnya karena pertarungan politik atau perebutan kuasa,sehingga dalam satu negeri timbul benci membenci bahkan kadang-kadang menimbulkan perang saudara. Pengalaman karena perang saudara,jauh lebih hebat dan ngeri daripada perang karena serangan musuh dari luar. Dalam suatu perang saudara,seorang kakak bisa membunuh adik kandungnya. Bukankah ini azab?

Mujahid mengatakan bahawa azab yang ketiga ialah azab kepada ahli-iqrar,iaitu orang yang telah menerima Islam(mengakui kebenaran kitab-kitab dan kedatangan Nabi-nabi) itu sendiri tetapi mereka diazab tersebab dosa-dosa mereka,dan azab yang pertama dan kedua ialah azab kepada orang yang mendustakan(mendustakan Nabi mereka dan menolak kitab Tuhan mereka).

Maka diberitahukanlah kepada beliau(Nabi) bukanlah umatnya saja yang akan kena fitnah itu,melainkan seluruh umat-umat,bahwa diapun akan ditimpa bala sebagai umat yang lain-lain juga. Kemudian itu, diturunkanlah kepada beliau ayat: "Katakanlah:Ya Allah sekiranya akan Engkau perlihatkan kepadaku apa yang dijanjikan terhadap mereka ya Allah, maka janganlah Engkau jadikan daku pada kaum yang zalim."(23:93-94) Maka berlindung dirilah Nabi Allah,maka dikabulkan Tuhan permohonan perlindungannya itu. Sehingga tidaklah pernah mata beliau melihat umatnya kecuali dalam bersatu,berkasih-kasihan dan taat.

Kemudian itu datang pulalah satu ayat menyuruh awas terhadap tukang-tukang fitnah dan dikabarkanNya kepadanya bahwa tukang fitnah itu berkhusus kepada sebagian manusia dan tidak kena mengena dengan yang lain. Iaitu ayat:"Dan berjaga dirilah kamu dari fitnah yang sekali-kali bukanlah dia menimpa kepada kamu yang zalim khusus saja,dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaanNya.(8:25)

Kepada Abu Hurairah pernah Nabi s.a.w menerangkan rahsia itu,iaitu bahwa sesudah matinya akan ada fitnah,tetapi karena takut berbahaya kepada jiwanya sendiri,rahsia itu ditutup rapat-rapat oleh Abu Hurairah. Dan do'anya agar mati sebelum hal itu terjadi,dikabulkan Allah.

Kemudian terjadilah perang saudara yang hebat di antara Ali dengan golongan Mu'awiyah.Dan kita diperingati akan hal ini,agar senantiasa umat Muhammad awas,jangan sampai mereka musnah karena benci membenci sesama sendiri.

"Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat, mudah-mudahan mereka memahaminya."

Allah menerangkan segala perumpamaan ini,tetapi perumpamaan yang nyata,tentang bahaya-bahaya yang bisa ditimpakanNya sewaktu-waktu,baik bahaya dari alam atau bahaya yang tumbuh dalam kalangan manusia sendiri,yang mereka sendiri tidak berdaya sedikit juapun buat mengatasinya,maka belum jugalah mereka mau mengerti akan kekuasaan Allah.

Bersambung..........Ke-Bukti:Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. III

Wassalam.

Di terangkan dalam Syarah Imam Nawawi bahwa penolakan do'a Nabi ada hikmah yang tinggi. KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Pada pendapat saya,2 do'a yang dikabulkan oleh Allah untuk umat Nabi adalah bala yang dikenakan keatas umat ketika itu kerana mendustakan(membunuh) Nabi-nabi dan kitab-kitabNya.Ini adalah benar jika kita baca sirah Nabi-nabi bahwa pengikut mereka tidak berapa banyak. Tetapi pengikut Rasulullah ramai dan mereka menerima ajarannya dan mengakui kebenaran ajaran Islam itu. Mereka ini dihukum oleh sebab tidak mentaati ajaran Islam itu yang mereka sendiri menerima dan mengakui kebenarannya. Ia berlaku secara sunnahtullahNya.

Berapa banyak larangan-laranganNya tentang berpecah-belah ini disebut didalam AlQuran yang mereka tidak hindarkan dan berapa banyak perintah-perintahNya supaya bersatu-padu disebut didalam AlQuran tidak diikuti. Allah SWT ada menyebut 'jangan berpecah-belah nanti kamu jadi lemah', 'jangan kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmatNya' dan jika umat Islam berperang secara fizikal dan mental,disuruhNya kita berdamai kemudian dikatakan oleh Allah bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Banyak lagi jika nak diterangkan.Kesemua larangan dan perintahNya mempunyai hikmah yang mana jika ingkar akan membawa bencana dan jika dituruti akan mendapat rahmat.

Contoh terdekat ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang dialami oleh rakyat Malaysia hasil daripada umat Islam berpecah-belah. Bagi yang hidup pada masa itu mereka sudah tentu tahu akan azab yang dialami. Tak boleh digambarkan dengan hanya satu muka surat saja,kenalah membaca bukunya. Jika boleh,orang-orang yang mengalaminya dan masih hidup sekarang ini dapat bercerita kepada mereka yang lahir setelah tarikh 13 Mei 1969. Dari tarikh 13 Mei 1969 sahingga sekarang,mereka ini berumur lebih kurang 41 tahun. Jika diambil kira orang-orang yang hidup ketika itu berumur 9 tahun(yang belum lagi mengerti),sekarang ini telah berumur 50 tahun. Kamu bayangkanlah yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun sekarang ini,berapa anakkah mereka ini ada dan mungkin telah mempunyai cucu. Sebelum 13 Mei 1969,telah berlaku peristiwa seperti ini di Singapura tetapi umat Islam tidak belajar daripada sejarah. Berulang lagi peristiwa berdarah itu lagi kerana umat Islam tidak mengambil pelajaran daripadanya untuk tidak berpecah-belah. Apakah kita fikir bahawa peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Pada pendapat saya,melihatkan umat Islam masa kini lebih teruk perangainya daripada dahulu, berkemungkinan besar peristiwa seperti ini akan berlaku dan jika berlaku, akan lebih teruk lagi daripada yang sudah-sudah. Lihat sajalah sifat orang PAS dan PKR,seperti kata perpatah Melayu,'Bertegang Urat,Berpatah Arang' terhadap UMNO.

Pembaca yang budiman,

Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam;menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka,disebut sebagai MUSYRIK dan SESAT. Bacalah buktinya:

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:

Ayat 31,

"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Ayat 32,

"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."

Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:

Ayat 53,

"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."

Ayat 54,

"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."

Kita semua tahu bahawa orang-orang MUSYRIK(mempersekutukan Allah) tidak akan dapat masuk Syurga. Dan kita semua tahu bahawa selain dosa musyrik,dosa lainnya berkemungkinan diampunkan oleh Allah,insyaAllah. Tetapi tidak bagi dosa mempersekutukanNya. Mari kita baca apa kata Nabi dalam hal ini:

Hadis riwayat Muslim:

Dari Jubair bin Muth'im r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tidak akan masuk SYURGA orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN.

Mengapakah mereka ini masih lagi berperangai sedemikian?

Apakah mereka tidak tahu ke?

Apakah mereka tidak memahami ke?

Apakah mereka tidak mengimani ke setelah menerima Islam dan mengakui kebenarannya?

Tentu sekali jawapan yang tepat adalah jawapan yang berikan oleh Allah dan RasulNya. Sila baca:

Ini didedahkan oleh Allah SWT dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14: "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Apa Rasul kata:

Riwayat hadis Muslim:

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. melarang supaya jangan bersifat dendam,jangan dengki mendengki dan jangan bermusuhan;dan hendaklah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak dihalalkan bagi seorang Muslim tidak tegur-menegur(berselisih)

dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Pembaca yang budiman, perselisihan umat Islam ini bukan setekad 3 hari tetapi sudah menjangkau 54 tahun. Dalam proses kehidupan umat Islam 54 tahun ini,tentu sekali ada yang sudah kembali bersatu-padu dan ada yang MASIH KEKAL didalamnya dan yang baru masuk kedalamnya.

Ada banyak lagi bukti-bukti yang boleh saya muatkan disini tetapi tujuan saya hanya ingin menyampaikan agar kita semua maklum tentangnya. Selalunya,pada setiap topik saya akan kemukakan bukti agar setiap postings akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

Ingatlah, bahawa mati itu suatu KEMENANGAN bagi orang-orang yang MENTAATI PERINTAHNYA dan MENJAUHIKAN LARANGANNYA.

Melayu Abad Ke 21 Mesti Ada Kelebihan Ilmu, Kemahiran Berfikir & Minda Yang Kreatif


KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu bangsa Melayu abad ke-21 tidak berlindung di sebalik perlindungan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sebaliknya, beliau berkata bangsa Melayu abad ini perlu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mencapai hasrat tersebut.

“Kalau kita hendak menjadi bangsa yang bermaruah dan terhormat kita tidak boleh berselindung dengan kerajaan tetapi mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.

“Ciri-ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya bukan dilindungi tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam. Inilah perubahan yang mesti ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di sini, Khamis malam.

MTEM merupakan platform untuk badan-badan bukan kerajaan (NGOs) ekonomi Melayu bersatu supaya lebih efektif dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang lestari di kalangan komuniti Melayu dan negara.

Najib berkata cabaran pada abad ke-21 amat hebat, justeru bangsa Melayu perlu bersedia menghadapi segala perubahan dan persiapan yang secukupnya.

Beliau berkata bangsa Melayu perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan kerana masa depan mereka juga berkait rapat dengan untung nasib kerajaan sedia ada.

“Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu, kita tidak boleh mengambil hak orang lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada.

“Sebagai contoh apabila kita melaksanakan projek MRT, kita memutuskan 43 peratus daripada projek ini diberikan kepada usahawan dan syarikat bumiputera. Jadi kita tidak ambil hak orang lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya NGO Melayu bertindak bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan bangsa Melayu dapat diketengahkan dengan lebih jelas.

“Kita tidak boleh menyerahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi perlu memperkasakan individu dan NGO yang akan bertindak sebagai barisan hadapan dalam menuntut apa yang perlu bangsa Melayu miliki,” katanya.

TGNA DIHINA OLEH RAKAN SEKUTUNYA !

(Kedua-dua pemimpin agong PAS kelihatan tidak bermaya mengapit Karpal biaDAP pada hari Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 ditandatangani)

Salam 2 all.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!

Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!

Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

MENDIRIKAN DAULAH ISLAMIYYAH ITU JIHAD!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU JIHAD!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Zul Qaedah 1432
29 Sept 2011

Krdit kpd zulkifli noordin di sini

Persoalan dari rakyat Kerajaan Beri Layanan Serupa Kepada Semua Sekolah : PM


GEORGE TOWN, 30 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan semula bahawa kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan beliau memberi layanan serupa kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi.

Beliau berkata kerajaan akan terus menyokong dan membantu institusi pendidikan awam serta swasta di Malaysia.

“Izinkan saya menegaskan semula bahawa kerajaan saya adalah kerajaan rakyat dan kami memberi layanan yang sama kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi,” katanya dalam ucapan perasmian majlis ‘Anugerah Pencapaian Emas’ Kolej Han Chiang di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia akan membantu negara mengharungi krisis ekonomi dunia dan menjadi contoh yang baik kepada negara lain di dunia.

“Saya percaya jika kita dapat bekerjasama tanpa sebarang diskriminasi kaum, kita akan dapat bergerak ke arah sebuah masyarakat yang adil dan menjadi negara maju pada 2020,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata institusi pendidikan juga boleh menggandakan usaha untuk menggalakkan keharmonian kaum ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

“Saya sentiasa mendukung pendidikan yang liberal. Sebagai contoh, pada 1983, semasa saya menjadi Menteri Pelajaran, saya meluluskan penubuhan kampus baru Sekolah Tinggi Foon Yew di Kulai, Johor.

“Hari ini, Sekolah Tinggi Foon Yew merupakan sekolah Cina terbesar di Malaysia dengan hampir 10,000 pelajar,” katanya, sambil menambah Kolej Han Chiang diwujudkan setahun kemudian iaitu pada 1999.

Beliau berkata penubuhan Sekolah Tinggi Foon Yew di selatan dan Kolej Han Chiang di utara membuktikan bahawa kerajaan bersikap terbuka dan menyokong pendidikan Cina di Malaysia sejajar dengan dasar pendidikan demokratiknya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kolej Han Chiang terhadap usaha dan pencapaian cemerlangnya dalam mendidik dan mengasuh bakat bagi negara ini sejak sepuluh tahun lepas, terutama sekali dalam memupuk kalangan pengamal media,” katanya.

Dalam persaingan politik masa kini tidak ada istilah naib juara


“Mengapa dia? Bukankah dia masih muda dan mentah? Masih ramai lagi yang lebih senior! Alah, dia baik dengan PM!”

Itu adalah antara reaksi yang bertiup kencang di kalangan wartawan, blogger, pemerhati politik mahupun pemimpin UMNO sendiri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia pada April tahun lalu.

Dalam pertemuan dengan Agendadaily di pejabatnya di Menara Dato Onn ,PWTC minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Pontian, tersenyum apabila diminta mengulas mengenai cakap-cakap berhubung perlantikannya yang masih kedengaran itu.

“Saya tahu memang ada yang terkejut. Mungkin Perdana Menteri mengambil faktor “meremajakan UMNO. Yelah, jika dilihat dalam barisan depan UMNO, tidak ramai yang berusia awal 40an atau di bawah 40 tahun, kecuali Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Ketua Puteri.

Ketua Penerangan UMNO sebelumnya semuanya kalangan yang senior seperti Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Allahyarham Tan Sri Megat Junid, Datuk Mustapha Mohamad,Tan Sri Yusof Nor dan Tan Sri Hussein Ahmad

“Apabila saya bertanya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau ada mengatakan bahawa memandangkan usia saya yang masih dalam awal 40an, saya boleh “masuk” ke dalam golongan berusia 40an dan juga 30an. Saya lebih mudah mendekati mereka kerana tidak ada jurang generasi yang besar.

“Sekarang ini UMNO sedang menguruskan pengundi baru di kalangan golongan muda dan pada masa yang sama menarik balik sokongan generasi baru. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Saya rasa perlantikan saya dibuat dari sudut itu, “ jawab Ahmad yang dilahirkan di Benut, Pontian, 44 tahun lalu.

Apabila diberitahu ada yang memandang langkahnya,contohnya menoreh getah dengan orang kampong semasa kempen pilihanraya kecil Manek Urai serta menangkap ikan dengan nelayan di Port Dickson semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang seperti mahu mendapatkan publisiti murahan, Ahmad hanya tersenyum.

“Saya buat banyak perkara, sama ada di dewan besar, mahupun di kawasan desa. Jika Perdana Menteri melakukan “walk-about” dengan mengambil pendekatan melawat atau minum di warong, maka apa salahnya saya menoreh getah atau menyertai nelayan menangkap ikan? Saya hanya menterjemahkan apa yang dibuat oleh Perdana Menteri mengikut cara saya sendiri.

“Saya adalah anak penoreh getah yang dilahirkan di sebuah kampung yang serba kekurangan, iaitu Parit Haji Yusof, Lubuk Siput, Benut. Ketika dilahirkan sehingga saya bersekolah, kawasan itu tidak ada bekalan api, air dan telefon. Jika mahu ke sekolah di Benut, saya terpaksa naik bot dan mengambil masa lebih dua jam.

“Saya tidak segan mengakui saya anak kampung. Apakah dengan cara turun ke kampung, masuk ke kebun menoreh getah, saya ini dianggap gila publisiti? Tidak! This is my style.”

Ahmad memulakan zaman persekolahan di SK Seri Bahagia Lubok Sipat Benut, Pontian dan pernah mendapat anugerah Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di SM Sains Johor, Kluang. Beliau mengulangi kecemerlangannya di sekolah berasrama penuh itu apabila menerima anugerah Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Ahmad kemudian melanjutkan pelajaran di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik.


Dalam karier politiknya,beliau antara lain pernah jadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapha Mohamad.Beliau kini adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Pontian.

Dikalangan orang politik Ahmad selalu dikenali sebagai ‘ Ahmad Maslan’ walaupun Maslan ialah nama bapanya.

Malah orang tidak kenal jika disebut namanya sebagai Ahmad sahaja.

Bagaimana pula dengan program Juara Rakyat idea Biro Penerangan UMNO yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Bukit Beruntung,Selangor pada 9 Janurai baru ini.Ini kerana terdengar juga sesetengah pijak yang beranggapan Juara Rakyat tidak ubah seperti karnival lain, contohnya Jom Heboh?

“Juara Rakyat bukan pesta. Apa yang kita bawakan ialah pameran yang membawa manfaat kepada rakyat. Kita juga mengetengahkan kejayaan-kejayaan yang dicapai rakyat. Selain itu kita juga mengisinya dengan kegiatan yang elok dan positif seperti pertandingan syarahan dan nasyid bertema 1Malaysia serta futsal untuk menarik golongan muda.

“Menerusi Juara Rakyat juga kita menunjukkan UMNO sebagai juara rakyat dari dulu sehingga sekarang. Kita berjuang menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan. Kita juga berjuang mengatasi kegawatan ekonomi dan mengukuhkan perpaduan.

“Dalam persaingan politik, tidak ada naib juara. Jika kita dapat 20,000 undi dan pembangkang dapat 20,001, kita tidak akan jadi timbalan ADUN atau Timbalan Ahli Parlimen. Nak tak nak, kita kena jadi juara.

“Nak jadi juara pula, kita kena buat warm-up dulu. Selepas itu kita kena rajin berlatih. Juara rakyat is a wake-up call. Jika berlaku banjir, contohnya, pemimpin UMNO mesti first on the scene. Kita yang patut telefon bomba atau pihak berkuasa dan menjuarai rakyat, bukannya yang terakhir untuk menjenguk.”

Ahmad berkata, Juara Rakyat adalah program terpenting UMNO tahun ini dan beliau menyenaraikan lima visi penting program berkenaan, iaitu: sentiasa menjuarai kehidupan rakyat; sentiasa menjuarai pembelaan rakyat; sentiasa menjuarai pembangunan rakyat; sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat; sentiasa menjadi juara dalam hati dan minda rakyat; sentiasa menjadi juara dalam membangun rakyat dan memastikan rakyat sentiasa menjadi juara dalam perjuangan UMNO.

Katanya, konsep Juara Rakyat memberi motivasi kepada pemimpin untuk bekerja keras untuk menjadi nombor 1 dan menang dalam peperangan politik.

“Kita menggunakan perkataan juara bukan untuk berlagak sombong atau angkuh. Tetapi selama ini memang UMNO dan BN yang merancang dan melaksanakan kehendak rakyat. Tiada sesiapa boleh memadam hakikat bahawa UMNO telah lama menjuarai pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain.

“Kita yang membina hampir semua pembangunan negara tetapi sebahagian rakya kurang sedar bahawa UMNO telah menjuara kehidupan mereka selama ini. “




Untuk menguatkan hujahnya bagaimana orang kerap melihat pada keburukan berbanding kebaikan yang banyak dilakukan Ahmad Maslan menunjukkan contoh anologi lukisan di atas kertas putih.

“Contohnya, kita mengambil sekeping kertas putih dan melukis beberapa bulatan hitam kecil di atasnya. Apabila kita bertanya kepada orang apa yang mereka lihat, ramai daripada mereka memberi jawapan bahawa mereka melihat beberapa bulatan hitam di atas kertas putih.

“Warna putih melambangkan kebaikan-kebaikan yang telah dibuat oleh UMNO dan bulatan kecil hitam pula melambangkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Sudah menjadi kebiasaan apabila kita melakukan kebaikan yang besar, orang tidak nampak, tetapi apabila kita melakukan kesalahan-kesalahan kecil dan ianya disensasikan oleh pembangkang, semua orang nampak dengan jelas.

“Maka menerusi program Juara Rakyat, pemimpin UMNO mesti berazam menjadi juara, bersifat sebagai juara dan berani umpama juara untuk mendapat kembali keyakinan rakyat.”

Ahmad berkata, program juara rakyat akan dilaksanakan mengikut tema bulanan di setiap 191 bahagian UMNO seluruh negara setiap bulan. Katanya, setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) diberikan lima bahagian angkat setiap seorang untuk memastikan program ini dilaksanakan.

Diminta mengulas pembangkang antara lain mempertikaikan mengapa wakil-wakil rakyat mereka tidak diberikan peruntukan, Ahmad berkata, kerajaan memberikan peruntukan kepada rakyat, walaupun di kawasan pembangkang, contohnya Kuala Lumpur

“Soal peruntukan adalah hak parti pemerintah. Lagipun Ahli-Ahli Parlimen mereka diberi gaji oleh kerajaan,” jelasnya.

Ditanya mengenai usaha yang dilakukan oleh UMNO untuk menambah keahlian, Ahmad berkata, antara langkah yang telah dibuat ialah mengadakan pendaftaran secara on-line, mewujudkan insentif “ahli dapat ahli” dan mengadakan kaunter pendaftaran di setiap bahagian setiap bulan.

Katanya daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Atas Pagar Isu Terkini. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates