Pages

Monday, September 26, 2011

Isu hudud: Damage control...arahan tutup mulut



Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.




0 ulasan:

Post a Comment

untuk yang masih x tahu silih pilih (tanpa nama / anonymous ) atau bolih juga mengunakan (Nama / URL ) untuk URL anda bolih masukkan link fb atau mana2 link yang anda suka atau bolih di abaikan URL cuma masukkan nama dan comment .. Komen anda amat di alu2kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Atas Pagar Isu Terkini. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates