Pages

Thursday, September 29, 2011

Kongres 60 tahun PAS tumpu soal pilihan raya

Kongres Pas selama dua hari bermula esok sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya antara lain akan tertumpu kepada persiapan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata kongres yang berlangsung di Kepala Batas, Pulalu Pinang, itu juga akan membincangkan beberapa perkara melibatkan undang-undang syariah.

"Selain itu apa-apa jua perkara boleh dibangkitkan oleh ahli tanpa sebarang halangan," katanya.

Ia dijadual dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ditutup oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bernama melaporkan, dua kertas kertas akan dibentangkan iaitu "Pemikiran Dr Burhanuddin Helmi dan Zulkifli Mohamad Dalam Pembentukan Gagasan Perjuangan Pas" dan "Peranan Dan Sumbangan Pas Dalam Peta Politik Negara Sesudah 1969 Hingga Kini".

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali pula berkata sambutan itu untuk memperingati perjalanan perjuangan Pas selama 60 tahun dalam arena politik tanah air.

"Ini juga akan membolehkan masyarakat mengetahui peranan yang dimainkan Pas serta perjuangannya," katanya yang menjangkakan 10,000 orang akan hadir pada majlis itu.

Acara sambutan bermula dengan karnival dan pameran sejarah Pas, solat Maghrib dan solat munajat perdana yang turut disertai Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz.

Ini diikuti forum perdana pada malamnya dengan ahli panelnya terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Salahuddin, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada Sabtu akan diadakan kongres diikuti ucapan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selain oleh Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz.

DAP dan PKR adalah rakan Pas dalam pakatan pembangkang

0 ulasan:

Post a Comment

untuk yang masih x tahu silih pilih (tanpa nama / anonymous ) atau bolih juga mengunakan (Nama / URL ) untuk URL anda bolih masukkan link fb atau mana2 link yang anda suka atau bolih di abaikan URL cuma masukkan nama dan comment .. Komen anda amat di alu2kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Atas Pagar Isu Terkini. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates